Friday, March 27, 2020

Balik Kampung Besar-Besaran, Pembelian Panik Punca Perintah Kawalan Dipanjangkan Lagi

Loading...

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipanjangkan lagi sehingga 14 April 2020.

Tindakan memanjangkan lagi tempoh ini dilihat tepat bagi memutuskan jangkitan wabak COVID-19 kerana tempoh 14 hari pertama sebelum ini dilihat tidak mencukupi.

Menurut Pakar Kesihatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun berkata, antara punca kenapa tempoh ini dipanjangkan adalah berkemungkinan jumlah pesakit mungkin bertambah akibat daripada pembelian panik dan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang segera pulang ke kampung secara besar-besaran sebelum 18 Mac lalu.

“Buat masa ini, corak kes baharu setiap hari naik dan turun. Ianya masih belum betul-betul turun. Oleh itu, jika tempoh PKP ditamatkan pada 31 Mac, ia dibimbangi akan meningkatkan semula jumlah kes baru.


“Kemungkinan juga jumlah kes akan melambung tinggi. Oleh itu kita mahu jumlah kes baru menjelang 14 April nanti adalah satu digit atau kosong kes baru,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya lagi, jika kes jangkitan COVID-19 masih tidak turun tempoh sehingga 14 April ini, besar kemungkinan PKP akan dipanjangkan lagi sehingga keadaan benar-benar selamat.


“Kita perlu ikut arahan, duduk di rumah, jangan ke mana-mana. Apa yang terjadi di Itali adalah pengalaman pahit. Walaupun negara itu mempunyai sistem kesihatan terbaik namun mereka pun tidak mampu lagi menanggungnya.

“Fakta ini kita perlu terima, saya tidak mahu senario di Itali berlaku di Malaysia, jika berlaku di Malaysia, kita akan habis,” katanya lagi.

Justeru, orang awam diminta untuk terus kekal berada di rumah dan bersedia untuk menghadapi kemungkinan di masa depan.

Sumber: Sinar Harian vi Era.je
Disqus Comments