Thursday, March 26, 2020

“Hapuslah Air Matamu Tan Sri Muhyiddin, Demi Kesejahteraan Kami..” – Rakyat

Loading...

Bukan mudah memerintah sebuah negara demi ‘kepuasan’ rakyat tercinta apatah lagi ketika sedang cuba untuk mengekang wabak Covid-19 yang kini telah mencecah 20 kes kematian.

Bagi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia dengan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan hingga 14 April ini.

Beberapa posting di laman Facebook membuat dedikasi istimewa untuk pemimpin berusia 72 tahun itu yang diibaratkan seperti ketua keluarga dalam menasihati anak-anaknya.


“Setiap kata-katanya umpama beliau merasai setiap jerit perih yang rakyat lalui. Dikala beliau mengambil tampuk pemerintahan negara ini, tidak mudah ujian yang ditempuhi..

“Tetapi beliau harus kuat demi menunjukkan semangat beliau kepada rakyat yang dicintai. Hapuslah air matamu demi kesejahteraan kami,” tulis Nasherniema Ernie.


Posting di page Sarawak Viral pula berkata, Muhyiddin berpesan ‘Stay At Home’ berulang kali namun sekiranya rakyat terus berdegil, beliau terpaksa berkerja keras lagi untuk memikirkan rancangan seterusnya.


“Sebaik saja dilantik PM, beliau terus diuji isu berkaitan dengan virus yang boleh membawa maut. Beliau bukan saja-saja nak lanjutkan hingga 14 April 2020. Beliau nak rakyatnya selamat dan dijauhi daripada penularan wabak

Beliau seperti bapa sayangkan anak dan ketua keluarga untuk rakyat Malaysia. Tanggungjawabnya sangat besar setelah kehadiran Covid-19 sudah berada di Malaysia dan tertinggi di Asia Tenggara setakat ini,” katanya.

Malah dengan tenang menguruskan pentadbiran, beliau turut mengumumkan beberapa inisiatif demi meringankan bebanan rakyat berikutan krisis wabak tersebut.

Sumber : Nasherniema Ernie , Sarawak Viral via https://ohmymedia.cc/
Disqus Comments