Monday, April 6, 2020

1,241 Pesakit COVID-19 Telah Sembuh & Dibenarkan Pulang Sehingga Hari Ini

Loading...

Bilangan pesakit sembuh dan telah discaj hospital hari ini adalah 236 kes

Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj adalah 1,241 kes bersamaan dengan 32.72% dari jumlah keseluruhan kes positif.

Tahniah diucapkan kepada semua petugas perubatan KKM yang berusaha merawat mereka sehingga sembuh.

Semoga jasa bakti anda akan dibalas dengan kebaikan berganda oleh Allah SWT.

Terima kasih KKM!



131 Kes Baru Jangkitan

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 131 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini, 6 April 2020, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia setakat ini sebanyak 3,793.

Daripada jumlah itu, 102 pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 54 kes daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selain itu, KKM turut memaklumkan terdapat pertambahan kes kematian akibat jangkitan wabak ini sebanyak 1 kes, menjadikan jumlah angka maut di Malaysia meningkat kepada 62 kes.



Sumber: KKM
Disqus Comments