Saturday, April 4, 2020

“Gunalah Waktu PKP Untuk Anda Berhenti Merokok” – Dr Noor Hisham Abdullah

Loading...

Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ada menyelit satu seruan kepada semua rakyat di Malaysia iaitu sokongan kepada individu yang ingin mengambil peluang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini untuk tidak merokok.

Dalam minit ke 8:54 dalam video persidangan media tersebut, beliau menyeru agar rakyat Malaysia mengambil peluang masa Perintah Kawalan Pergerakan untuk berhenti merokok. Tambahnya lagi, tindakan akan diambil terhadap mereka yang menjual rokok secara atas talian.


Menurut Jurnal Perubatan Cina, kes COVID-19 menjadi lebih parah dan boleh menyebabkan kematian sehingga 14 kali lebih tinggi dalam kalangan orang yang mempunyai sejarah merokok berbanding mereka yang tidak merokok.


Menurut Subbarow, tabiat merokok di rumah pada masa ini juga menjadikan kanak-kanak sebagai kumpulan yang paling terjejas dalam kalangan perokok pasif.

Katanya, asap rokok juga boleh melekat pada pakaian, rambut dan kulit seorang malah partikel beracun daripada asap berkenaan juga boleh bertahan selama enam bulan misalnya, nikotin yang melekit dan mudah melekat pada kusyen, karpet, langsir, dinding atau siling.

“Apabila bahan ini bertindak balas dengan udara atau bahan kimia lain dalam ruangan itu, ia boleh dibebaskan kembali ke persekitaran lalu disedut semula individu yang berada di dalam ruang terbabit.
Disqus Comments