Monday, April 6, 2020

Saya Yakin Tuhan Tidak Menguji Kita Lebih Batasan Kemampuan Semua – Muhyiddin Yassin

Loading...

Menerusi sidang media Perutusan Khas pakej Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (Tambahan) yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaassin sebentar tadi.

Dalam bait akhir kata beliau dalam persidangan media sebentar tadi, beliau ada terselit doa dan memberi semangat kepada rakyat Malaysia yang menghadapi waktu genting ini.

Setelah lebih tiga minggu kita berada di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan ini, pasti saudara dan saudari ada yang terbeban. Selama tiga minggu ini, aktiviti kita terhalang, kehidupan kita amat berbeza dari dahulu. 


“Dan saya yakin Tuhan tidak menguji kita lebih batasan kemampuan semua.”

Wabak ini tidak dapat ditanggung oleh kita semua, yakinlah kita dapat mengatasi masalah wabak ini bersama-sama. Ingatlah, selepas hujan datangnya matahari. InshaAllah kita dapat mengatasi wabak ini. 

Sempat juga beliau menyelitkan rangkap dari Surah Al Bakarah ayat 286 yang bermaksud.

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia menanggung kejahatan yang diusahakanny.”

Sumber: Bernama via Siakapkeli.my
Disqus Comments